Bagi anda yang ingin mencari kerja, pasti anda pernah terdengar pelbagai jenis mitos mengenai permohonan kerja. Adakah mitos-mitos itu betul?

1. Lebih banyak permohonan, lebih banyak peluang anda
Ini sememangnya tidak benar! Menghantar terlalu banyak permohonan akan membuatkan sesuatu syarikat itu berasa rimas. Ini akan menyebabkan syarikat itu mengabaikan semua permohonan anda. Anda cuma perlu menghantar satu permohonan saja untuk satu syarikat.
2. Tiada pengalaman kerja membuatkan peluang anda menjadi tipis
Ini juga tidak benar! Kini, banyak syarikat yang mencari pekerja dari golongan ‘fresh grad’. Ini kerana banyak syarikat yang menyediakan latihan kepada pekerjanya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Anda tidak perlu risau jika tidak mempunyai pengalaman kerja. Hantar permohonan segera!
3. Permohonan secara terus lebih bagus dari permohonan online.
Ini juga tidak benar. Di dunia serba canggih, banyak syarikat yang lebih memilih untuk mencari pekerja secara online. Ia mudah, efisyen dan menjimatkan masa kedua-dua pihak. Melainkan syarikat itu menyatakan yang anda perlu mengepos resume, jangan takut untuk menghantar resume secara online.

4. Jika tidak mendapat panggilan temuduga dalam masa seminggu, ia bermaksud permohonan tidak berjaya.
Ini juga tidak benar. Kebanyakkan syarikat mengambil masa 2-3 minggu untuk memproses semua permohonan kerja kerana terlalu banyak permohonan. Malah, ada syarikat yang mengambil masa sehingga 2 bulan! Jangan mudah bersedih atau putus asa. Kerjaya terbaik menanti anda, sama ada cepat atau lambat.
5. Kalau tidak mempunyai kabel/kenalan di dalam syarikat, pasti susah mendapat kerja
Ini juga tidak benar. Tidak semua syarikat mengamalkan konsep ‘kroni’. Banyak syarikat yang lebih mementingkan prestasi syarikat daripada kenalan. Jadi anda tidak perlu risau. Teruskan bersikap profesional!
Sumber : Mau Kerja