Cara Berkesan Penganggur Mendapatkan Kerja

Kebanyakkan penganggur masih tidak mempunyai kerja bukanlah kerana tidak layak, tapi kerana mereka mempunyai masalah sikap. Baca cara untuk mengubahnya.

Cara Berkesan Penganggur Mendapatkan Kerja

1. Jadi rendah diri.
Jangan takut untuk meminta nasihat dari orang yang berpengalaman. Sentiasalah merendah diri. Terlalu berasa yang kita tahu akan segalanya adalah antara sebab utama anda masih belum mendapat pekerjaan. Sentiasa bertanya soalan mengenai pekerjaan supaya minda anda lebih terbuka. Kurangkan menghabiskan masa pada laman sosial yang penuh dengan gossip dan isu sensitif yang merendahkan mentaliti anda.

2. Jangan terlalu mengikut minat anda
Pasti anda pernah dinasihati supaya sentiasa mengikut minat anda jika ingin mencari pekerjaan. Tahukah anda? Ramai orang yang memohon pekerjaan di dalam bidang yang tidak mereka minati namun akhirnya mula meminatinya apabila sudah lama bekerja? Tidak salah jika ingin bekerja di dalam bidang yang anda minat tapi jangan jadikan ia sebab utama dalam mencari pekerjaan.

3. Jangan malas
Jika anda telah fikir masak-masak, terus buat keputusan. Jangan hanya menunggu kerja datang kepada anda. Terus memohon pekerjaan. Jangan putus asa mencari jawatan kosong. Ingat! Orang yang malas tidak pernah berjaya. Tuah ialah sesuatu yang anda cari, dan bukanlah datang sendiri.

4. Mohon kerja walaupun ia tiada kaitan dengan kelulusan anda
Tidak salah mencuba. Kemungkinan bakal majikan mempunyai jawatan lain yang bersesuaian dengan kelayakkan anda yang tidak dinyatakan di dalam iklan jawatan kosong mereka. Jangan terlalu memilih sewaktu memohon kerja. Keputusan untuk menerima sebarang kerja semua terletak di tangan anda.

5. Sentiasa melakukan kajian tentang latar belakang syarikat yang anda mohon
Ini juga penting! Ia adalah sebagai persediaan sekiranya anda dipanggil untuk temuduga nanti. Pastikan anda faham selok-belok syarikat itu serba sedikit. Dengan ini, anda juga boleh tahu kelebihan dan kekurangan bekerja di situ.



Sumber : Mau Kerja 




Rujukan Kerjaya

No comments:

Post a Comment