Kali pertama menghadiri sesi temuduga memang akan membuat anda rasa teruja, dalam masa yang sama gementar. Betul tak? Tapi chill lah. Jom baca 4 soalan wajib bakal majikan dan cara untuk menjawabnya.

1. Sila Perkenalkan Diri dan Latar Belakang Anda
Ini adalah soalan wajib tanya dalam setiap temuduga. Sebenarnya, ada beberapa tujuan mengapa soalan ini ditanya tau! Antaranya untuk menenangkan anda.
Jangan ambil ringan semasa menjawab soalan ini kerana pandangan pertama (first impression) penemuduga terhadap anda amat penting. Selain itu, sila pastikan jawapan anda pendek dan ringkas.
2. Kenapa Kami Harus Memilih Anda dan Apakah Kelebihan Anda?
Kami tahu anda pasti teragak-agak untuk menjawab soalan in kan? Maklumlah, kadang-kala ia kedengaran seperti masuk bakul angkat sendiri pun ada.
Tapi, apa kata anda kaitkan kelebihan yang anda ada dengan skop tugasan jawatan yang bakal dipegang. Contohnya :
Saya memiliki tahap keyakinan yang jitu serta berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dan mampu menerima maklumat dan sebarang tugasan dengan baik.
Selain itu saya juga mampu berkerja sebagai satu pasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan untuk mencapai misi dan visi syarikat ini.
Haaa, kalau dah beginilah jawapannya, barulah bakal majikan akan buka mata. Tak gitu?

3. Apakah Kelemahan Anda Yang Perlu Kami Tahu?
Soalan ini sebenarnya agak ‘tricky’ berbanding soalan-soalan yang lain. Jika difikirkan secara logik, takkanlah anda mahu memberitahu segala kelemahan diri yang anda miliki kan?
Namun jika anda mengatakan diri anda tidak mempunyai sebarang kelemahan, ianya akan menjadikan anda tidak jujur. Jadi, tipnya, topengkan kekuatan anda untuk dijadikan kelemahan.
Sebagai manusia biasa,saya juga mempunyai kelemahan namun ia tidaklah seteruk yang disangka.
Saya seorang yang tegas, dan mahukan setiap apa yang dilakukan sempurna dan menepati mata. Mungkin akan ada yang tertekan dengan sikap saya namun saya yakin ia bermanfaat untuk kemajuan syarikat.
4. Mengapakah Anda Meninggalkan Pekerjaan Terakhir Anda?
Ya, kami tahu bahawa anda mempunyai 1001 alasan meninggalkan pekerjaan anda. Dah semestinyalah ada beberapa alasan yang kurang baik kan?
Namun, cuba seboleh mungkin untuk memberikan jawapan yang positif untuk pertanyaan ini. Paling penting, jangan sekali-kali menceritakan keburukan majikan lama anda ketika temuduga!
Syarikat lama banyak mengajar saya untuk menjadi lebih baik seperti sekarang dan saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mengembangkan karier pada satu tahap yang lebih tinggi.
So, macam mana? Boleh hafal tak semua jawapan ni? Good luck!
Sumber : Mau Kerja
No comments:
Post a Comment