Rujukan Kerjaya

  • Home
  • About us
  • Tips Dan Panduan
    • Tips Resume
    • Tips Temuduga
    • Tips Kerja
    • Sub II
    • Sub Menu with Subs
      • Sub I
      • Sub II
      • Sub II
  • Menu
Apa yang harus anda lakukan jika 2 syarikat menawarkan pekerjaan kepada anda secara serentak? Mana satukah yang patut anda pilih?

Diterima kerja

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum menerima mana-mana tawaran kerja:

1. Jumlah Gaji dan Faedah Yang Ditawarkan
Tidak dinafikan bahawa hampir semua orang menitikberatkan gaji sebelum menerima tawaran gaji. Sebelum menerima mana-mana tawaran kerja, pastikan gaji yang ditawarkan adalah setimpal dan sesuai dengan jawatan, kelayakkan serta kos kehidupan terkini. Selain itu, tanya tentang semua faedah yang ditawarkan seperti KWSP, PERKESO, bayaran kerja lebih masa, insurans dan perlindungan kesihatan dan perubatan.

2. Lokasi Pejabat
Sebelum menerima tawaran kerja, anda perlu tahu jika lokasi pejabat itu strategik atau pun tidak. Pastikan ia tidak menyusahkan anda untuk pergi balik. Pastikan ia tidak terlalu mengambil masa atau menelan belanja yang tinggi.

Diterima kerja

3. Gambaran Bidang Kerja
Sila tanya dengan lanjut tentang gambaran bidang kerja anda. Penting untuk anda menyukai atau berminat dengan kerja anda bagi mengelakkan dari anda merasa stress atau bosan.

4. Keadaan Syarikat
Jalankan kajian mengenai latar belakang syarikat yang menawarkan anda kerja. Ini bagi memastikan syarikat itu mempunyai rekod baik terhadap layanan mereka terhadap pekerja mereka.

5. Karakter Orang Atasan
Sewaktu temuduga, pastikan anda ingat akan karakter penemuduganya kerana mereka adalah orang-orang yang anda akan kerja bersama. Pastikan mereka orang yang akan membuat anda berasa selesa untuk bekerja bersama.




Sumber : Mau Kerja



Kali pertama menghadiri sesi temuduga memang akan membuat anda rasa teruja, dalam masa yang sama gementar. Betul tak? Tapi chill lah. Jom baca 4 soalan wajib bakal majikan dan cara untuk menjawabnya.

Temuduga

1. Sila Perkenalkan Diri dan Latar Belakang Anda
Ini adalah soalan wajib tanya dalam setiap temuduga. Sebenarnya, ada beberapa tujuan mengapa soalan ini ditanya tau! Antaranya untuk menenangkan anda.

Jangan ambil ringan semasa menjawab soalan ini kerana pandangan pertama (first impression) penemuduga terhadap anda amat penting. Selain itu, sila pastikan jawapan anda pendek dan ringkas.

2. Kenapa Kami Harus Memilih Anda dan Apakah Kelebihan Anda?
Kami tahu anda pasti teragak-agak untuk menjawab soalan in kan? Maklumlah, kadang-kala ia kedengaran seperti masuk bakul angkat sendiri pun ada.

Tapi, apa kata anda kaitkan kelebihan yang anda ada dengan skop tugasan jawatan yang bakal dipegang. Contohnya :

Saya memiliki tahap keyakinan yang jitu serta berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dan mampu menerima maklumat dan sebarang tugasan dengan baik.

Selain itu saya juga mampu berkerja sebagai satu pasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan untuk mencapai misi dan visi syarikat ini.

Haaa, kalau dah beginilah jawapannya, barulah bakal majikan akan buka mata. Tak gitu?
Temuduga

3. Apakah Kelemahan Anda Yang Perlu Kami Tahu?
Soalan ini sebenarnya agak ‘tricky’ berbanding soalan-soalan yang lain. Jika difikirkan secara logik, takkanlah anda mahu memberitahu segala kelemahan diri yang anda miliki kan?

Namun jika anda mengatakan diri anda tidak mempunyai sebarang kelemahan, ianya akan menjadikan anda tidak jujur. Jadi, tipnya, topengkan kekuatan anda untuk dijadikan kelemahan.

Sebagai manusia biasa,saya juga mempunyai kelemahan namun ia tidaklah seteruk yang disangka.

Saya seorang yang tegas, dan mahukan setiap apa yang dilakukan sempurna dan menepati mata. Mungkin akan ada yang tertekan dengan sikap saya namun saya yakin ia bermanfaat untuk kemajuan syarikat.

4. Mengapakah Anda Meninggalkan Pekerjaan Terakhir Anda?
Ya, kami tahu bahawa anda mempunyai 1001 alasan meninggalkan pekerjaan anda. Dah semestinyalah ada beberapa alasan yang kurang baik kan?

Namun, cuba seboleh mungkin untuk memberikan jawapan yang positif untuk pertanyaan ini. Paling penting, jangan sekali-kali menceritakan keburukan majikan lama anda ketika temuduga!

Syarikat lama banyak mengajar saya untuk menjadi lebih baik seperti sekarang dan saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mengembangkan karier pada satu tahap yang lebih tinggi.

So, macam mana? Boleh hafal tak semua jawapan ni? Good luck!



Sumber : Mau Kerja 



Adakah anda pasti resume anda mempunyai semua butiran yang penting? Tahukah anda, kebanyakkan pemohon kerja meletakkan pelbagai butiran yang tidak penting yang mungkin menjejaskan peluang diambil kerja? Pastikan anda buang butiran ini dari resume anda!

Perkara Yang Tidak Perlu Ditulis Dalam Resume

1. Objektif yang terlalu umum dan meleret
Resume terbaik ialah resume yang ringkas namun padat. Bagi anda yang menyertakan objektif di dalam resume, pastikan penjelasan objektif anda tidak terlalu umum dan meleret. Contoh objektif yang meleret ialah,

“I wish to be a hardworking staff to any company I work for. I can handle pressure so I aim to work in a stressful environment so it will motivate me to work harder”
(Saya mahu menjadi staf yang rajin kepada mana-mana syarikat tempat saya bekerja. Saya boleh mengatasi tekanan kerja jadi saya mahu bekerja di dalam situasi stres supaya boleh bekerja lebih keras)

Contoh objektif yang ringkas dan lebih spesifik ialah,

“I have always loved writing so I aim to become a senior writer in the future, with years of editorial experience”.
(Saya meminati bidang penulisan jadi saya harap untuk menjadi penulis senior di masa akan datang, dengan pengalaman editorial yang lama)

2. Nombor telefon lebih dari satu
Setiap resume wajib ada nombor telefon pemohon bagi memudahkan pemohon untuk dihubungi untuk dihubungi. Walaubagaimanapun, pastikan anda tidak menyertakan lebih dari satu nombor telefon. Ini bagi tidak menimbulkan kekeliruan sewaktu penemuduga ingin menghubungi anda.

3. Alamat email yang tidak menggunakan nama anda
Alamat email juga merupakan butiran yang penting di dalam resume. Ia antara medium perantaraan penting antara anda dan penemuduga. Namun pastikan alamat email anda menggunakan nama penuh anda sendiri. Jangan gunakan alamat email seperti
hellokitty89@yahoo.com, RockersTegar99@gmail.com atau insanIkhlas22@hotmail.com.

Perkara Yang Tidak Perlu Ditulis Dalam Resume

4. Jangkaan Gaji
Pastikan anda tidak menyertakan jangkaan gaji (expected salary) di dalam resume, kecuali diarahkan di dalam iklan jawatan kosong. Ini bagi mengelakkan dari anda meletakkan jumlah gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dari yang sepatutnya.

5. Senarai Gaji Sewaktu Pekerjaan Terdahulu
Butiran ini juga tidak perlu. Ia juga seperti jangkaan gaji. Jika anda menyertakan sejarah gaji yang pernah anda terima, mungkin anda tidak berpeluang untuk meminta gaji yang lebih tinggi dari yang pernah anda dapat.

6. Pencapaian sewaktu sekolah rendah
Tiada siapa yang mahu mengetahui pencapaian anda sewaktu sekolah rendah kerana kebanyakkan tidak sesuai dan tidak relevan dengan jawatan yang anda mohon. Untuk pencapaian sekolah menengah juga, hanya sertakan jika benar-benar membantu permohonan kerja anda.




Sumber : Mau Kerja



Perhatian kepada para graduan! Pastikan anda tidak melakukan kesalahan terbesar ini. Ini bagi mengelakkan daripada anda terjerumus dalam kancah pengangguran.

Kesalahan Yang Dilakukan Graduan

Kesalahan Di Dalam Resume
Resume adalah dokumen paling penting dalam proses mencari pekerjaan. Besar kemungkinan resume anda tidak lengkap, terlalu pendek atau terlalu panjang atau tidak mengikut format. Jangan lupa untuk sertakan gambar berukuran passport, kelulusan dan kelayakkan, nombor telefon yang tepat untuk dihubungi dan lain-lain lagi.

Permohonan Kerja Yang Tidak Bersesuaian Dengan Kelulusan
Sebelum memohon sebarang pekerjaan, adalah penting untuk anda memahami bidang kerja yang sesuai dengan kelayakkan anda. Baca iklan tawaran kerja itu dengan teliti sebelum menghantar permohonan bagi mengelakkan permohonan anda ditolak. Pastikan segala butiran penting dan semua kemahiran yang diperlukan oleh syarikat itu bersesuaian dengan kelayakkan anda.

Tidak Profesional Ketika Temuduga
Anda sudah mendapat panggilan temuduga. Kini anda selangkah lebih dekat dengan kerja idaman anda. Namun akhirnya gagal mendapat tempat. Besar kemungkinan, prestasi anda sewaktu temuduga tidak memuaskan. Jangan lupa untuk menjaga adab, menjaga etika berpakaian, datang tepat pada masanya, dan tampil penuh keyakinan.

Meminta Gaji Terlalu Tinggi
Tidak dinafikan, gaji adalah antara motivasi utama seseorang untuk mendapatkan kerja. Namun pastikan gaji yang anda minta bersesuaian dengan kelayakkan dan tahap pengalaman anda. Jika anda terlalu meminta-minta, ini akan memberikan tanggapan buruk kepada bakal majikan anda. Pastikan ia tidak terlalu tinggi mahupun tidak terlalu rendah.

Permohonan Kerja Yang Tidak Mengikut Etika
Ramai yang lebih suka memohon pekerjaan melalui internet. Malah kebanyakkan syarikat lebih suka jika para calon menghantar permohonan melalui emel. Namun ada sesetengah calon yang hanya melampirkan resume di dalam emel tanpa menyatakan jawatan yang ingin dipohon serta isi kandungan emel. Ini memberi tanggapan bahawa anda seorang yang malas dan tidak suka berusaha.

Tidak fasih berbahasa Inggeris
Ini merupakan masalah yang agak besar juga. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua jadi kebanyakkan ‘Fresh grad’ tidak mahir berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris kini menjadi bahasa rasmi yang digunakan sebagai bahasa perantaraan di tempat kerja mahupun sewaktu temuduga.

Pastikan anda tidak melakukan sebarang kesalahan di atas



Sumber : Mau Kerja



Kebanyakkan penganggur masih tidak mempunyai kerja bukanlah kerana tidak layak, tapi kerana mereka mempunyai masalah sikap. Baca cara untuk mengubahnya.

Cara Berkesan Penganggur Mendapatkan Kerja

1. Jadi rendah diri.
Jangan takut untuk meminta nasihat dari orang yang berpengalaman. Sentiasalah merendah diri. Terlalu berasa yang kita tahu akan segalanya adalah antara sebab utama anda masih belum mendapat pekerjaan. Sentiasa bertanya soalan mengenai pekerjaan supaya minda anda lebih terbuka. Kurangkan menghabiskan masa pada laman sosial yang penuh dengan gossip dan isu sensitif yang merendahkan mentaliti anda.

2. Jangan terlalu mengikut minat anda
Pasti anda pernah dinasihati supaya sentiasa mengikut minat anda jika ingin mencari pekerjaan. Tahukah anda? Ramai orang yang memohon pekerjaan di dalam bidang yang tidak mereka minati namun akhirnya mula meminatinya apabila sudah lama bekerja? Tidak salah jika ingin bekerja di dalam bidang yang anda minat tapi jangan jadikan ia sebab utama dalam mencari pekerjaan.

3. Jangan malas
Jika anda telah fikir masak-masak, terus buat keputusan. Jangan hanya menunggu kerja datang kepada anda. Terus memohon pekerjaan. Jangan putus asa mencari jawatan kosong. Ingat! Orang yang malas tidak pernah berjaya. Tuah ialah sesuatu yang anda cari, dan bukanlah datang sendiri.

4. Mohon kerja walaupun ia tiada kaitan dengan kelulusan anda
Tidak salah mencuba. Kemungkinan bakal majikan mempunyai jawatan lain yang bersesuaian dengan kelayakkan anda yang tidak dinyatakan di dalam iklan jawatan kosong mereka. Jangan terlalu memilih sewaktu memohon kerja. Keputusan untuk menerima sebarang kerja semua terletak di tangan anda.

5. Sentiasa melakukan kajian tentang latar belakang syarikat yang anda mohon
Ini juga penting! Ia adalah sebagai persediaan sekiranya anda dipanggil untuk temuduga nanti. Pastikan anda faham selok-belok syarikat itu serba sedikit. Dengan ini, anda juga boleh tahu kelebihan dan kekurangan bekerja di situ.



Sumber : Mau Kerja 




Tidak semua orang mempunyai pengalaman kerja terutamanya “Fresh Grad”. Bagaimana caranya untuk menulis resume terbaik walaupun tidak mempunyai pengalaman?

Tulis Resume Tiada Pengalaman Kerja

1. Pastikan kemas dan teratur
Jika resume anda tidak teratur, tiada majikan yang ingin meluangkan masa untuk membacanya. Pastikan anda menggunakan font yang kemas, tidak terlalu besar atau kecil, dan tidak berwarna-warni.

2. Kembangkan Isi Bahagian Pendidikan dan Kelayakkan Anda
Jangan hanya sertakan nama sekolah atau univiersit dan tahun kelulusan Anda. Isi bahagian pendidikan dengan kegiatan yang anda lakukan termasuklah aktiviti kokurikulum. Apa saja yang anda rasa sesuai dan relevan dengan jawatan yang anda mohon.

Menyenaraikan aktiviti kokurikulum memberikan tanggapan yang aktiviti-aktiviti ini melatih anda menjadi lebih disiplin, terurus dan boleh bekerja sewaktu stress.

Tulis Resume Tiada Pengalaman Kerja

3. Sertakan Kemahiran dan Kepakaran Anda Di Dalam Pelbagai Bidang
Hanya kerana anda belum pernah bekerja secara rasmi, bukan bermakna anda tidak mempunyai kemahiran. Inilah masanya untuk anda menceritakan kebolehan dan kepakaran anda di dalam apa jua bidang yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon. Contohnya kemahiran fotografi, laman sosial, penulisan blog dan banyak lagi.

4. Masukkan Anugerah dan Penghargaan Yang Pernah Anda Terima
Pernah memasuki apa-apa pertandingan? Jangan lupa sertakan senarai penyertaan anda dan semua anugerah yang pernah anda menangi. Ini membuktikan bahawa anda seorang yang berbakat, berdaya saing dan bagus dalam apa yang anda lakukan.




Sumber : Mau Kerja



Resume ialah perkara paling penting dalam proses permohonan kerja. Namun, adakah resume anda berkemungkinan ‘dibuang’ oleh bakal majikan?

Sebab Resume Ditolak

Gambar passport yang tidak profesional
Jangan gunakan gambar ‘selfie’ di dalam resume anda. Pastikan anda menggunakan gambar yang diambil secara profesional di studio. Pastikan anda berpakaian formal dan berdiri tegak.

Info yang tidak berkaitan
Ramai yang melakukan kesalahan ini. Resume yang terlalu sarat dengan info akan menyebabkan majikan langsung tidak membacanya. Pastikan ia ringkas namun padat. Ingat! Jangan sertakan info mengenai sekolah rendah anda. Hanya masukkan info yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Email resume tidak mempunyai tajuk dan isi
Jangan menghantar email yang kosong sewaktu menghantar resume secara online. Pastikan anda meletakkan nama jawatan yang anda pohon di tajuk email dan masukkan kata-kata aluan di dalam isi kandungan email.

Tidak menyertakan rujukan (reference)
Anda harus sertakan butiran peribadi bekas majikan anda sekurang-kurangnya 2 orang. Bagi ‘fresh grad’ yang tidak mempunyai pengalaman, masukkan butiran bekas pensyarah-pensyarah anda.

Resume dihantar selepas tarikh tutup
Tarikh tutup menghantar permohonan pekerjaan adalah perkara penting. Pastikan anda peka tentang perkara ini. Sebarang permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dilayan oleh mana-mana syarikat.




Sumber : Mau Kerja 



Bagi anda yang ingin mencari kerja, pasti anda pernah terdengar pelbagai jenis mitos mengenai permohonan kerja. Adakah mitos-mitos itu betul?

Mitos Permohonan Kerja

1. Lebih banyak permohonan, lebih banyak peluang anda
Ini sememangnya tidak benar! Menghantar terlalu banyak permohonan akan membuatkan sesuatu syarikat itu berasa rimas. Ini akan menyebabkan syarikat itu mengabaikan semua permohonan anda. Anda cuma perlu menghantar satu permohonan saja untuk satu syarikat.

2. Tiada pengalaman kerja membuatkan peluang anda menjadi tipis
Ini juga tidak benar! Kini, banyak syarikat yang mencari pekerja dari golongan ‘fresh grad’. Ini kerana banyak syarikat yang menyediakan latihan kepada pekerjanya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Anda tidak perlu risau jika tidak mempunyai pengalaman kerja. Hantar permohonan segera!

3. Permohonan secara terus lebih bagus dari permohonan online.
Ini juga tidak benar. Di dunia serba canggih, banyak syarikat yang lebih memilih untuk mencari pekerja secara online. Ia mudah, efisyen dan menjimatkan masa kedua-dua pihak. Melainkan syarikat itu menyatakan yang anda perlu mengepos resume, jangan takut untuk menghantar resume secara online.

Mitos Permohonan Kerja

4. Jika tidak mendapat panggilan temuduga dalam masa seminggu, ia bermaksud permohonan tidak berjaya.
Ini juga tidak benar. Kebanyakkan syarikat mengambil masa 2-3 minggu untuk memproses semua permohonan kerja kerana terlalu banyak permohonan. Malah, ada syarikat yang mengambil masa sehingga 2 bulan! Jangan mudah bersedih atau putus asa. Kerjaya terbaik menanti anda, sama ada cepat atau lambat.

5. Kalau tidak mempunyai kabel/kenalan di dalam syarikat, pasti susah mendapat kerja
Ini juga tidak benar. Tidak semua syarikat mengamalkan konsep ‘kroni’. Banyak syarikat yang lebih mementingkan prestasi syarikat daripada kenalan. Jadi anda tidak perlu risau. Teruskan bersikap profesional!




Sumber : Mau Kerja



Apabila dipanggil temuduga, pastinya satu berita yang paling menggembirakan buat anda pencari kerja. Tetapi dalam gembira tu mesti terselit juga perasaan gementar. Lebih-lebih lagi bagi anda yang tiada pengalaman langsung menghadiri temuduga. Perasaan takut dan gementar untuk ditemuduga tu biasa. Saya pernah melalui fasa itu.
Temuduga Pembantu Tadbir

Untuk mengurangkan rasa gementar itu, anda perlu lah mempersiapkan diri secukupnya. Kalau tiada persiapan, bertambah gementar lah rasa dia.

Ok, sebelum itu kita ketahui dulu tugas-tugas yang akan dilakukan oleh Pembantu Tadbir.

Tugas Pembantu Tadbir

Pembantu Tadbir bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan atau komunikasi).

Ini adalah deskripsi ringkas tugas seorang Pembantu Tadbir
  • Pentadbiran pejabat
  • Pengurusan personel - perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia                                        - perkhidmatan, latihan dan kerjaya                                                                                                      - gaji, elaun dan kemudahan                                                                                                                - faedah persaraan
  • Pengurusetiaan
  • Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
  • Pengurusan Rekod
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Fail

Panduan Temuduga Pembantu Tadbir

Bagi anda yang bakal menghadiri temuduga Pembantu Tadbir N17, aku rekemenkan anda semua dapatkan ebook Panduan Temuduga Pembantu Tadbir N17.

Temuduga Pembantu Tadbir


Kelebihan Memiliki Ebook Pembantu Tadbir


Dalam ebook ini, anda akan didedahkan kepada :-
  • Persiapan sebelum, semasa, dan selepas temuduga
  • Kaedah dan cara persiapa ketika menghadapi temuduga
  • Mengetahui cara  menjawab soalan temuduga
  • Bahasa badan ketika ditemuduga
  • Aspek penilaian temuduga
Dengan adanya ebook ini, masa anda dapat dijimatkan untuk membuat persediaan temuduga. Anda tak perlu lagi mecari bahan-bahan atau panduan di internet ataupun melalui sumber lain. Pelbagai teknik yang dikongsi dalam ebook ini untuk anda kelihatan hebat dalam temuduga. Ianya mudah kerana ditulis dengan bahasa mudah difahami serta mudah dipraktikkan, dan segala tips yang dibongkarkan sama sekali tidak akan mengecewakan anda. 
Boleh lulus ke kalau baca panduan ini?
Ya! sebab itulah panduan KHAS dan TERKINI ini ditulis untuk anda. Panduan ini ditulis untuk menyediakan diri anda dengan persediaan selengkap mungkin kelak dalam temuduga Pembantu Tadbir Gred N17
Tak nak orang lain mendahului anda? Dapatkan ebook itu melalui pautan ini -  Panduan Temuduga Pembantu Tadbir N17



Membina resume yang lengkap kelihatan seperti sesuatu yang mudah tetapi sebenarnya ramai yang gagal dipanggil ke sesi temuduga akibat dari mengambil mudah di dalam penyediaan resume. Untuk mengelakkan kesalahan dalam membina resume, anda harus berhati-hati dan menitikberatkan faktor penting ketika menyediakan resume. Kesilapan kecil boleh menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan kerja.

Saya senaraikan beberapa key penting dalam membina resume.
Resume Lengkap

1. Surat Iringan atau Cover Letter
Kepilkan permohonan anda bersama cover letter. Jangan sesekali menghantar resume sahaja dalam permohonan kerja. Permohonan tanpa cover letter ibarat anda tidak bersungguh-sungguh dan kurang professional.

2. Letakkan Gambar 
Gambar merupakan salah satu elemen yang wajib diletakkan dalam resume anda. Pastikan resume anda mempunyai gambar supaya majikan boleh mengenali anda. Letakkan gambar di bahagian kanan atas resume.

Pastikan juga anda meletakkan gambar yang professional dan kemas. Ada juga di antara pemohon yang meletakkan gambar selfie. Memang tak sesuai ok. Gambar yang paling diterima adalah gambar passport.

3. Nyatakan Jawatan Yang Dipohon 
Sangat tidak masuk akal kan jika anda memohon kerja tetapi tidak dinyatakan dengan jawatan yang dipohon. Pastikan anda menyatakan jawatan yang anda pohon untuk memudahkan majikan mengenal pasti permohonan anda.
Resume Lengkap

4. Gunakan Font dan Kertas Yang Sesuai 
Cetak resume anda dengan kertas A4 yang berkualiti dan gunakan font jenis tahoma, arial, verdana atau calibri bersaiz 10-12 ketika menyediakan resume anda.

5. Tonjolkan Kebolehan, Kemahiran dan Pencapaian Anda 
Majikan semestinya menerima banyak permohonan bagi setiap jawatan yang perlu diisi. Jadi, anda harus tonjolkan semua kelebihan yang ada pada diri anda untuk meyakinkan majikan bahawa anda layak untuk dipanggil temuduga

Tonjolkan semua kelebihan anda dengan ayat ringkas, padat dan mudah difahami. Seeloknya, siapkan resume anda di dalam 1 atau 2 muka surat sahaja.

6. Maklumat Yang Sesuai dan Relevan 
Majikan tidak akan mengambil masa yang lama ketika melihat resume anda. Jadi, amat penting untuk anda memasukkan maklumat yang berkaitan dan relevan dengan jawatan yang anda pohon. Keluarkan maklumat-maklumat yang tiada kaitan dengan jawatan yang anda pohon.
Itu adalah antara beberapa tips dan contoh dalam membuat resume yang lengkap dan diterima oleh majikan. Ok, saya nak kongsikan satu panduan mengenai buat resume gaya superstar. Kalau nak tau macam mana boleh klik link ini - Panduan Resume Lengkap


Resume merupakan satu benda yang penting dalam permulaan untuk bekerja. Jadi anda perlu memberikan first impression yang baik kepada bakal majikan anda. Saya senaraikan beberapa kesalahan yang nampak kecil pada pandangan mata kita, tapi memberi kesan yang besar kepada bakal majikan yang membacanya.

Kesalahan Resume 

Menulis resume tanpa strategi yang betul 
Dengan bantuan teknologi sekarang mungkin memudahkan anda untuk mencari maklumat mengenai penulisan dan format resume yang betul. Anda juga boleh mendapatkan bantuan melalui keluarga atau rakan anda. Di internet, sudah pastinya banyak panduan yang anda perolehi. Tapi awas ya, dengan lambakan panduan membuat resume ini, anda mungkin tidak tahu panduan mana yang perlu diikuti.
Rahsia Resume Superstar Dibongkar
Banyak kesalahan ejaan
Mungkin hanya kerana kesalaan ejaan, resume anda ditolak mentah-mentah oleh majikan. Nampak macam perkara kecil kan? Perkara kecil macam gini lah yang boleh menggugat kredibiliti dan boleh memberi gambaran yang negatif mengenai diri anda. Jadi, hati-hati. Pastikan anda membuat semakan terakhir sebelum menghantar resume untuk mengelakkan peluang kerjaya anda disia-siakan hanya kerana kesalahan kecil.

Maklumat yang tidak lengkap 
Ramai di antara pemohon pekerjaan tidak meletakkan maklumat yang lengkap. Dalam kata yang lain, maklumat yang perlu majikan ketahui tiada dalam resume anda.

Kesalahan Resume

Tiada gambar atau gambar tidak sesuai
Gambar merupakan salah satu elemen yang wajib diletakkan dalam resume anda. Oleh hal demikian, ia secara tidak langsung, memberikan tanggapan pertama terhadap anda. Ada juga di antara pemohon yang meletakkan gambar selfie. Memang tak sesuai ok. Gambar yang paling diterima adalah gambar passport.
  
Resume terlalu panjang atau terlalu pendek
Salah satu matlamat menulis resume adalah untuk mendokumentasikan segala yang anda lakukan beserta pencapaian anda, tanpa berjela-jela. Resume yang paling ok adalah tidak melebihi dua muka surat.

Resume Khas Untuk Kerja Pensyarah


Salah satu matlamat menulis resume adalah untuk mendokumentasikan segala yang anda lakukan beserta pencapaian anda, tanpa berjela-jela. Bagi pekerja peringkat kemasukan dan mereka yang mempunyai beberapa tahun pengalaman, satu halaman atau kurang sudah memadai. Tetapi tidak boleh terlalu pendek sehingga tiada "isi". Jika anda mempunyai lebih daripada enam atau tujuh tahun pengalaman, pastikan resume anda tidak melebihi dua muka surat. - See more at: http://selongkar10.blogspot.my/2015/02/12-jenis-kesalahan-sewaktu-menulis.html#sthash.0OkjKAtB.dpuf
7. Resume terlalu panjang atau terlalu pendek
7. Resume terlalu panjang atau terlalu pendek
Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada kita, tidak kiralah temuduga swasta ataupun kerajaan. Rekod pada tahun 2009, seramai 1.5 juta calon telah menduduki temuduga, tetapi malangnya, hanya kebarangkalian 3.3 % sahaja seorang yang berjaya memperolehi keputusan iaitu lulus dalam temuduga. 

Separa Perubatan  

Sebelum itu, kenali dulu apa itu latihan separa perubatan. Latihan Separa Perubatan merupakan di antara salah satu latihan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) bagi mereka yang ingin berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan ianya perlu melepasi peperiksaan ataupun temuduga bagi tujuan itu.

Sebelum menduduki temuduga, anda haruslah mempunyai persediaan yang lengkap dari segi pengetahuan mahupun mental. Untuk itu, anda harus mendapatkan ebook Panduan Peperiksaan dan Temuduga Separa Perubatan. 


Separa Perubatan

Dalam ebook Temuduga Separa Perubatan ini, anda bakal didedahkan mengenai:-
  • Persiapan sebelum, semasa, dan selepas temuduga.
  • Kaedah dan cara persiapan mental dan rohani ketika menghadapi temuduga. 
  • Doa yang boleh dipraktikkan dan terbukti mujarab! 
  • Persiapan dan cara menjawab soalan temuduga. 
  • Bahasa badan ketika ditemuduga. 
  • Soalan temuduga yang sering ditanya dalam Bahasa Inggeris.
  • Aspek penilaian temuduga.
Ebook ini mengandungi 6 modul kesemuanya iaitu :-

Modul 1 : Pengenalan Separa Perubatan
  • Peluang pekerjaan di Malaysia
  • 100 soalan popular separa perubatan 
  • Sebelum, semasa dan selepas temuduga
Modul 2 : Rahsia Kejayaan Temuduga
  • Bagaimana temuduga dijalankan
  • Persediaan sebelum menghadapi temuduga 
  • Tips semasa temuduga 
  • Bahasa badan semasa temuduga 
  • Do's dan Don't ketika temuduga 
  • Tips selepas temuduga
Modul 3 : Soalan-soalan Separa Perubatan
  • Soalan lazim semasa temuduga

Lagi 3 modul anda mesti baca di Panduan Peperiksaan dan Temuduga Separa Perubatan.

Dengan adanya ebook ini anda tidak perlu membazirkan masa mencari panduan temuduga separa perubatan yang lengkap seperti ini.







Newer Posts Home

ARTIKEL TERKINI

ARTIKEL POPULAR

  • Bagaimana Menulis Resume Jika Tiada Pengalaman Kerja
    Tidak semua orang mempunyai pengalaman kerja terutamanya “Fresh Grad”. Bagaimana caranya untuk menulis resume terbaik walaupun tidak mempun...
  • Perkara Yang Tidak Perlu Ditulis Dalam Resume
    Adakah anda pasti resume anda mempunyai semua butiran yang penting? Tahukah anda, kebanyakkan pemohon kerja meletakkan pelbagai butiran yan...
  • Cara Menjawab Soalan 'Killer' Ketika Temuduga
    Kali pertama menghadiri sesi temuduga memang akan membuat anda rasa teruja, dalam masa yang sama gementar. Betul tak? Tapi chill lah. Jom b...
  • Contoh Resume Lengkap
    Membina resume yang lengkap kelihatan seperti sesuatu yang mudah tetapi sebenarnya ramai yang gagal dipanggil ke sesi temuduga akibat dari ...
  • Sebab Resume Ditolak
    Resume ialah perkara paling penting dalam proses permohonan kerja. Namun, adakah resume anda berkemungkinan ‘dibuang’ oleh bakal majikan? ...
  • Perkara Yang Perlu Difikir Sebelum Terima Tawaran Kerja
    Apa yang harus anda lakukan jika 2 syarikat menawarkan pekerjaan kepada anda secara serentak? Mana satukah yang patut anda pilih? Beri...
  • Kesalahan Dalam Membuat Resume
    Resume merupakan satu benda yang penting dalam permulaan untuk bekerja. Jadi anda perlu memberikan first impression yang baik kepada bakal ...
  • Cara Berkesan Penganggur Mendapatkan Kerja
    Kebanyakkan penganggur masih tidak mempunyai kerja bukanlah kerana tidak layak, tapi kerana mereka mempunyai masalah sikap. Baca cara untuk...
  • Tips Dan Panduan Temuduga Pembantu Tadbir N17
    Apabila dipanggil temuduga, pastinya satu berita yang paling menggembirakan buat anda pencari kerja. Tetapi dalam gembira tu mesti terselit...
  • Panduan Peperiksaan dan Temuduga Separa Perubatan
    Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada kita, tidak kiralah temuduga swasta ataupun kerajaan. Rekod ...
Tips Kerja (3) Tips Resume (6) Tips Temuduga (3)
Copyright © 2016 Rujukan Kerjaya

Created By ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates