Rujukan Kerjaya

  • Home
  • About us
  • Tips Dan Panduan
    • Tips Resume
    • Tips Temuduga
    • Tips Kerja
    • Sub II
    • Sub Menu with Subs
      • Sub I
      • Sub II
      • Sub II
  • Menu
Apa yang harus anda lakukan jika 2 syarikat menawarkan pekerjaan kepada anda secara serentak? Mana satukah yang patut anda pilih?

Diterima kerja

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum menerima mana-mana tawaran kerja:

1. Jumlah Gaji dan Faedah Yang Ditawarkan
Tidak dinafikan bahawa hampir semua orang menitikberatkan gaji sebelum menerima tawaran gaji. Sebelum menerima mana-mana tawaran kerja, pastikan gaji yang ditawarkan adalah setimpal dan sesuai dengan jawatan, kelayakkan serta kos kehidupan terkini. Selain itu, tanya tentang semua faedah yang ditawarkan seperti KWSP, PERKESO, bayaran kerja lebih masa, insurans dan perlindungan kesihatan dan perubatan.

2. Lokasi Pejabat
Sebelum menerima tawaran kerja, anda perlu tahu jika lokasi pejabat itu strategik atau pun tidak. Pastikan ia tidak menyusahkan anda untuk pergi balik. Pastikan ia tidak terlalu mengambil masa atau menelan belanja yang tinggi.

Diterima kerja

3. Gambaran Bidang Kerja
Sila tanya dengan lanjut tentang gambaran bidang kerja anda. Penting untuk anda menyukai atau berminat dengan kerja anda bagi mengelakkan dari anda merasa stress atau bosan.

4. Keadaan Syarikat
Jalankan kajian mengenai latar belakang syarikat yang menawarkan anda kerja. Ini bagi memastikan syarikat itu mempunyai rekod baik terhadap layanan mereka terhadap pekerja mereka.

5. Karakter Orang Atasan
Sewaktu temuduga, pastikan anda ingat akan karakter penemuduganya kerana mereka adalah orang-orang yang anda akan kerja bersama. Pastikan mereka orang yang akan membuat anda berasa selesa untuk bekerja bersama.




Sumber : Mau Kerja



Kali pertama menghadiri sesi temuduga memang akan membuat anda rasa teruja, dalam masa yang sama gementar. Betul tak? Tapi chill lah. Jom baca 4 soalan wajib bakal majikan dan cara untuk menjawabnya.

Temuduga

1. Sila Perkenalkan Diri dan Latar Belakang Anda
Ini adalah soalan wajib tanya dalam setiap temuduga. Sebenarnya, ada beberapa tujuan mengapa soalan ini ditanya tau! Antaranya untuk menenangkan anda.

Jangan ambil ringan semasa menjawab soalan ini kerana pandangan pertama (first impression) penemuduga terhadap anda amat penting. Selain itu, sila pastikan jawapan anda pendek dan ringkas.

2. Kenapa Kami Harus Memilih Anda dan Apakah Kelebihan Anda?
Kami tahu anda pasti teragak-agak untuk menjawab soalan in kan? Maklumlah, kadang-kala ia kedengaran seperti masuk bakul angkat sendiri pun ada.

Tapi, apa kata anda kaitkan kelebihan yang anda ada dengan skop tugasan jawatan yang bakal dipegang. Contohnya :

Saya memiliki tahap keyakinan yang jitu serta berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dan mampu menerima maklumat dan sebarang tugasan dengan baik.

Selain itu saya juga mampu berkerja sebagai satu pasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan untuk mencapai misi dan visi syarikat ini.

Haaa, kalau dah beginilah jawapannya, barulah bakal majikan akan buka mata. Tak gitu?
Temuduga

3. Apakah Kelemahan Anda Yang Perlu Kami Tahu?
Soalan ini sebenarnya agak ‘tricky’ berbanding soalan-soalan yang lain. Jika difikirkan secara logik, takkanlah anda mahu memberitahu segala kelemahan diri yang anda miliki kan?

Namun jika anda mengatakan diri anda tidak mempunyai sebarang kelemahan, ianya akan menjadikan anda tidak jujur. Jadi, tipnya, topengkan kekuatan anda untuk dijadikan kelemahan.

Sebagai manusia biasa,saya juga mempunyai kelemahan namun ia tidaklah seteruk yang disangka.

Saya seorang yang tegas, dan mahukan setiap apa yang dilakukan sempurna dan menepati mata. Mungkin akan ada yang tertekan dengan sikap saya namun saya yakin ia bermanfaat untuk kemajuan syarikat.

4. Mengapakah Anda Meninggalkan Pekerjaan Terakhir Anda?
Ya, kami tahu bahawa anda mempunyai 1001 alasan meninggalkan pekerjaan anda. Dah semestinyalah ada beberapa alasan yang kurang baik kan?

Namun, cuba seboleh mungkin untuk memberikan jawapan yang positif untuk pertanyaan ini. Paling penting, jangan sekali-kali menceritakan keburukan majikan lama anda ketika temuduga!

Syarikat lama banyak mengajar saya untuk menjadi lebih baik seperti sekarang dan saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mengembangkan karier pada satu tahap yang lebih tinggi.

So, macam mana? Boleh hafal tak semua jawapan ni? Good luck!



Sumber : Mau Kerja 



Adakah anda pasti resume anda mempunyai semua butiran yang penting? Tahukah anda, kebanyakkan pemohon kerja meletakkan pelbagai butiran yang tidak penting yang mungkin menjejaskan peluang diambil kerja? Pastikan anda buang butiran ini dari resume anda!

Perkara Yang Tidak Perlu Ditulis Dalam Resume

1. Objektif yang terlalu umum dan meleret
Resume terbaik ialah resume yang ringkas namun padat. Bagi anda yang menyertakan objektif di dalam resume, pastikan penjelasan objektif anda tidak terlalu umum dan meleret. Contoh objektif yang meleret ialah,

“I wish to be a hardworking staff to any company I work for. I can handle pressure so I aim to work in a stressful environment so it will motivate me to work harder”
(Saya mahu menjadi staf yang rajin kepada mana-mana syarikat tempat saya bekerja. Saya boleh mengatasi tekanan kerja jadi saya mahu bekerja di dalam situasi stres supaya boleh bekerja lebih keras)

Contoh objektif yang ringkas dan lebih spesifik ialah,

“I have always loved writing so I aim to become a senior writer in the future, with years of editorial experience”.
(Saya meminati bidang penulisan jadi saya harap untuk menjadi penulis senior di masa akan datang, dengan pengalaman editorial yang lama)

2. Nombor telefon lebih dari satu
Setiap resume wajib ada nombor telefon pemohon bagi memudahkan pemohon untuk dihubungi untuk dihubungi. Walaubagaimanapun, pastikan anda tidak menyertakan lebih dari satu nombor telefon. Ini bagi tidak menimbulkan kekeliruan sewaktu penemuduga ingin menghubungi anda.

3. Alamat email yang tidak menggunakan nama anda
Alamat email juga merupakan butiran yang penting di dalam resume. Ia antara medium perantaraan penting antara anda dan penemuduga. Namun pastikan alamat email anda menggunakan nama penuh anda sendiri. Jangan gunakan alamat email seperti
hellokitty89@yahoo.com, RockersTegar99@gmail.com atau insanIkhlas22@hotmail.com.

Perkara Yang Tidak Perlu Ditulis Dalam Resume

4. Jangkaan Gaji
Pastikan anda tidak menyertakan jangkaan gaji (expected salary) di dalam resume, kecuali diarahkan di dalam iklan jawatan kosong. Ini bagi mengelakkan dari anda meletakkan jumlah gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dari yang sepatutnya.

5. Senarai Gaji Sewaktu Pekerjaan Terdahulu
Butiran ini juga tidak perlu. Ia juga seperti jangkaan gaji. Jika anda menyertakan sejarah gaji yang pernah anda terima, mungkin anda tidak berpeluang untuk meminta gaji yang lebih tinggi dari yang pernah anda dapat.

6. Pencapaian sewaktu sekolah rendah
Tiada siapa yang mahu mengetahui pencapaian anda sewaktu sekolah rendah kerana kebanyakkan tidak sesuai dan tidak relevan dengan jawatan yang anda mohon. Untuk pencapaian sekolah menengah juga, hanya sertakan jika benar-benar membantu permohonan kerja anda.




Sumber : Mau Kerja



Perhatian kepada para graduan! Pastikan anda tidak melakukan kesalahan terbesar ini. Ini bagi mengelakkan daripada anda terjerumus dalam kancah pengangguran.

Kesalahan Yang Dilakukan Graduan

Kesalahan Di Dalam Resume
Resume adalah dokumen paling penting dalam proses mencari pekerjaan. Besar kemungkinan resume anda tidak lengkap, terlalu pendek atau terlalu panjang atau tidak mengikut format. Jangan lupa untuk sertakan gambar berukuran passport, kelulusan dan kelayakkan, nombor telefon yang tepat untuk dihubungi dan lain-lain lagi.

Permohonan Kerja Yang Tidak Bersesuaian Dengan Kelulusan
Sebelum memohon sebarang pekerjaan, adalah penting untuk anda memahami bidang kerja yang sesuai dengan kelayakkan anda. Baca iklan tawaran kerja itu dengan teliti sebelum menghantar permohonan bagi mengelakkan permohonan anda ditolak. Pastikan segala butiran penting dan semua kemahiran yang diperlukan oleh syarikat itu bersesuaian dengan kelayakkan anda.

Tidak Profesional Ketika Temuduga
Anda sudah mendapat panggilan temuduga. Kini anda selangkah lebih dekat dengan kerja idaman anda. Namun akhirnya gagal mendapat tempat. Besar kemungkinan, prestasi anda sewaktu temuduga tidak memuaskan. Jangan lupa untuk menjaga adab, menjaga etika berpakaian, datang tepat pada masanya, dan tampil penuh keyakinan.

Meminta Gaji Terlalu Tinggi
Tidak dinafikan, gaji adalah antara motivasi utama seseorang untuk mendapatkan kerja. Namun pastikan gaji yang anda minta bersesuaian dengan kelayakkan dan tahap pengalaman anda. Jika anda terlalu meminta-minta, ini akan memberikan tanggapan buruk kepada bakal majikan anda. Pastikan ia tidak terlalu tinggi mahupun tidak terlalu rendah.

Permohonan Kerja Yang Tidak Mengikut Etika
Ramai yang lebih suka memohon pekerjaan melalui internet. Malah kebanyakkan syarikat lebih suka jika para calon menghantar permohonan melalui emel. Namun ada sesetengah calon yang hanya melampirkan resume di dalam emel tanpa menyatakan jawatan yang ingin dipohon serta isi kandungan emel. Ini memberi tanggapan bahawa anda seorang yang malas dan tidak suka berusaha.

Tidak fasih berbahasa Inggeris
Ini merupakan masalah yang agak besar juga. Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua jadi kebanyakkan ‘Fresh grad’ tidak mahir berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris kini menjadi bahasa rasmi yang digunakan sebagai bahasa perantaraan di tempat kerja mahupun sewaktu temuduga.

Pastikan anda tidak melakukan sebarang kesalahan di atas



Sumber : Mau Kerja



Kebanyakkan penganggur masih tidak mempunyai kerja bukanlah kerana tidak layak, tapi kerana mereka mempunyai masalah sikap. Baca cara untuk mengubahnya.

Cara Berkesan Penganggur Mendapatkan Kerja

1. Jadi rendah diri.
Jangan takut untuk meminta nasihat dari orang yang berpengalaman. Sentiasalah merendah diri. Terlalu berasa yang kita tahu akan segalanya adalah antara sebab utama anda masih belum mendapat pekerjaan. Sentiasa bertanya soalan mengenai pekerjaan supaya minda anda lebih terbuka. Kurangkan menghabiskan masa pada laman sosial yang penuh dengan gossip dan isu sensitif yang merendahkan mentaliti anda.

2. Jangan terlalu mengikut minat anda
Pasti anda pernah dinasihati supaya sentiasa mengikut minat anda jika ingin mencari pekerjaan. Tahukah anda? Ramai orang yang memohon pekerjaan di dalam bidang yang tidak mereka minati namun akhirnya mula meminatinya apabila sudah lama bekerja? Tidak salah jika ingin bekerja di dalam bidang yang anda minat tapi jangan jadikan ia sebab utama dalam mencari pekerjaan.

3. Jangan malas
Jika anda telah fikir masak-masak, terus buat keputusan. Jangan hanya menunggu kerja datang kepada anda. Terus memohon pekerjaan. Jangan putus asa mencari jawatan kosong. Ingat! Orang yang malas tidak pernah berjaya. Tuah ialah sesuatu yang anda cari, dan bukanlah datang sendiri.

4. Mohon kerja walaupun ia tiada kaitan dengan kelulusan anda
Tidak salah mencuba. Kemungkinan bakal majikan mempunyai jawatan lain yang bersesuaian dengan kelayakkan anda yang tidak dinyatakan di dalam iklan jawatan kosong mereka. Jangan terlalu memilih sewaktu memohon kerja. Keputusan untuk menerima sebarang kerja semua terletak di tangan anda.

5. Sentiasa melakukan kajian tentang latar belakang syarikat yang anda mohon
Ini juga penting! Ia adalah sebagai persediaan sekiranya anda dipanggil untuk temuduga nanti. Pastikan anda faham selok-belok syarikat itu serba sedikit. Dengan ini, anda juga boleh tahu kelebihan dan kekurangan bekerja di situ.



Sumber : Mau Kerja 




Tidak semua orang mempunyai pengalaman kerja terutamanya “Fresh Grad”. Bagaimana caranya untuk menulis resume terbaik walaupun tidak mempunyai pengalaman?

Tulis Resume Tiada Pengalaman Kerja

1. Pastikan kemas dan teratur
Jika resume anda tidak teratur, tiada majikan yang ingin meluangkan masa untuk membacanya. Pastikan anda menggunakan font yang kemas, tidak terlalu besar atau kecil, dan tidak berwarna-warni.

2. Kembangkan Isi Bahagian Pendidikan dan Kelayakkan Anda
Jangan hanya sertakan nama sekolah atau univiersit dan tahun kelulusan Anda. Isi bahagian pendidikan dengan kegiatan yang anda lakukan termasuklah aktiviti kokurikulum. Apa saja yang anda rasa sesuai dan relevan dengan jawatan yang anda mohon.

Menyenaraikan aktiviti kokurikulum memberikan tanggapan yang aktiviti-aktiviti ini melatih anda menjadi lebih disiplin, terurus dan boleh bekerja sewaktu stress.

Tulis Resume Tiada Pengalaman Kerja

3. Sertakan Kemahiran dan Kepakaran Anda Di Dalam Pelbagai Bidang
Hanya kerana anda belum pernah bekerja secara rasmi, bukan bermakna anda tidak mempunyai kemahiran. Inilah masanya untuk anda menceritakan kebolehan dan kepakaran anda di dalam apa jua bidang yang berkaitan dengan jawatan yang anda mohon. Contohnya kemahiran fotografi, laman sosial, penulisan blog dan banyak lagi.

4. Masukkan Anugerah dan Penghargaan Yang Pernah Anda Terima
Pernah memasuki apa-apa pertandingan? Jangan lupa sertakan senarai penyertaan anda dan semua anugerah yang pernah anda menangi. Ini membuktikan bahawa anda seorang yang berbakat, berdaya saing dan bagus dalam apa yang anda lakukan.




Sumber : Mau Kerja



Resume ialah perkara paling penting dalam proses permohonan kerja. Namun, adakah resume anda berkemungkinan ‘dibuang’ oleh bakal majikan?

Sebab Resume Ditolak

Gambar passport yang tidak profesional
Jangan gunakan gambar ‘selfie’ di dalam resume anda. Pastikan anda menggunakan gambar yang diambil secara profesional di studio. Pastikan anda berpakaian formal dan berdiri tegak.

Info yang tidak berkaitan
Ramai yang melakukan kesalahan ini. Resume yang terlalu sarat dengan info akan menyebabkan majikan langsung tidak membacanya. Pastikan ia ringkas namun padat. Ingat! Jangan sertakan info mengenai sekolah rendah anda. Hanya masukkan info yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Email resume tidak mempunyai tajuk dan isi
Jangan menghantar email yang kosong sewaktu menghantar resume secara online. Pastikan anda meletakkan nama jawatan yang anda pohon di tajuk email dan masukkan kata-kata aluan di dalam isi kandungan email.

Tidak menyertakan rujukan (reference)
Anda harus sertakan butiran peribadi bekas majikan anda sekurang-kurangnya 2 orang. Bagi ‘fresh grad’ yang tidak mempunyai pengalaman, masukkan butiran bekas pensyarah-pensyarah anda.

Resume dihantar selepas tarikh tutup
Tarikh tutup menghantar permohonan pekerjaan adalah perkara penting. Pastikan anda peka tentang perkara ini. Sebarang permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dilayan oleh mana-mana syarikat.




Sumber : Mau Kerja 



Older Posts Home

ARTIKEL TERKINI

ARTIKEL POPULAR

  • Bagaimana Menulis Resume Jika Tiada Pengalaman Kerja
    Tidak semua orang mempunyai pengalaman kerja terutamanya “Fresh Grad”. Bagaimana caranya untuk menulis resume terbaik walaupun tidak mempun...
  • Perkara Yang Tidak Perlu Ditulis Dalam Resume
    Adakah anda pasti resume anda mempunyai semua butiran yang penting? Tahukah anda, kebanyakkan pemohon kerja meletakkan pelbagai butiran yan...
  • Cara Menjawab Soalan 'Killer' Ketika Temuduga
    Kali pertama menghadiri sesi temuduga memang akan membuat anda rasa teruja, dalam masa yang sama gementar. Betul tak? Tapi chill lah. Jom b...
  • Contoh Resume Lengkap
    Membina resume yang lengkap kelihatan seperti sesuatu yang mudah tetapi sebenarnya ramai yang gagal dipanggil ke sesi temuduga akibat dari ...
  • Sebab Resume Ditolak
    Resume ialah perkara paling penting dalam proses permohonan kerja. Namun, adakah resume anda berkemungkinan ‘dibuang’ oleh bakal majikan? ...
  • Perkara Yang Perlu Difikir Sebelum Terima Tawaran Kerja
    Apa yang harus anda lakukan jika 2 syarikat menawarkan pekerjaan kepada anda secara serentak? Mana satukah yang patut anda pilih? Beri...
  • Kesalahan Dalam Membuat Resume
    Resume merupakan satu benda yang penting dalam permulaan untuk bekerja. Jadi anda perlu memberikan first impression yang baik kepada bakal ...
  • Cara Berkesan Penganggur Mendapatkan Kerja
    Kebanyakkan penganggur masih tidak mempunyai kerja bukanlah kerana tidak layak, tapi kerana mereka mempunyai masalah sikap. Baca cara untuk...
  • Tips Dan Panduan Temuduga Pembantu Tadbir N17
    Apabila dipanggil temuduga, pastinya satu berita yang paling menggembirakan buat anda pencari kerja. Tetapi dalam gembira tu mesti terselit...
  • Panduan Peperiksaan dan Temuduga Separa Perubatan
    Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada kita, tidak kiralah temuduga swasta ataupun kerajaan. Rekod ...
Tips Kerja (3) Tips Resume (6) Tips Temuduga (3)
Copyright © 2016 Rujukan Kerjaya

Created By ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates