Adakah anda pasti resume anda mempunyai semua butiran yang penting? Tahukah anda, kebanyakkan pemohon kerja meletakkan pelbagai butiran yang tidak penting yang mungkin menjejaskan peluang diambil kerja? Pastikan anda buang butiran ini dari resume anda!

1. Objektif yang terlalu umum dan meleret
Resume terbaik ialah resume yang ringkas namun padat. Bagi anda yang menyertakan objektif di dalam resume, pastikan penjelasan objektif anda tidak terlalu umum dan meleret. Contoh objektif yang meleret ialah,
“I wish to be a hardworking staff to any company I work for. I can handle pressure so I aim to work in a stressful environment so it will motivate me to work harder”
(Saya mahu menjadi staf yang rajin kepada mana-mana syarikat tempat saya bekerja. Saya boleh mengatasi tekanan kerja jadi saya mahu bekerja di dalam situasi stres supaya boleh bekerja lebih keras)
Contoh objektif yang ringkas dan lebih spesifik ialah,
“I have always loved writing so I aim to become a senior writer in the future, with years of editorial experience”.
(Saya meminati bidang penulisan jadi saya harap untuk menjadi penulis senior di masa akan datang, dengan pengalaman editorial yang lama)
2. Nombor telefon lebih dari satu
Setiap resume wajib ada nombor telefon pemohon bagi memudahkan pemohon untuk dihubungi untuk dihubungi. Walaubagaimanapun, pastikan anda tidak menyertakan lebih dari satu nombor telefon. Ini bagi tidak menimbulkan kekeliruan sewaktu penemuduga ingin menghubungi anda.
3. Alamat email yang tidak menggunakan nama anda
Alamat email juga merupakan butiran yang penting di dalam resume. Ia antara medium perantaraan penting antara anda dan penemuduga. Namun pastikan alamat email anda menggunakan nama penuh anda sendiri. Jangan gunakan alamat email seperti

4. Jangkaan Gaji
Pastikan anda tidak menyertakan jangkaan gaji (expected salary) di dalam resume, kecuali diarahkan di dalam iklan jawatan kosong. Ini bagi mengelakkan dari anda meletakkan jumlah gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dari yang sepatutnya.
5. Senarai Gaji Sewaktu Pekerjaan Terdahulu
Butiran ini juga tidak perlu. Ia juga seperti jangkaan gaji. Jika anda menyertakan sejarah gaji yang pernah anda terima, mungkin anda tidak berpeluang untuk meminta gaji yang lebih tinggi dari yang pernah anda dapat.
6. Pencapaian sewaktu sekolah rendah
Tiada siapa yang mahu mengetahui pencapaian anda sewaktu sekolah rendah kerana kebanyakkan tidak sesuai dan tidak relevan dengan jawatan yang anda mohon. Untuk pencapaian sekolah menengah juga, hanya sertakan jika benar-benar membantu permohonan kerja anda.
Sumber : Mau Kerja






